Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M): Bantuan atau Rasuah?
Pada
tahun 2012, Kerajaan Malaysia telah membelanjakan sejumlah RM2.6 billion bagi
menyara kira-kira 5.2 juta rakyat miskin yang memerlukan bantuan dengan syarat
pendapatan minima keluarga di bawah RM2,500 dan pada tahun 2013 di perluaskan
sehingga pendapatan keluarga RM3,000.00 sebulan. Pemberian RM500.00 secara sekali setahun ini
selama dua tahun beturut-turut dilihat satu pembaziran wang pembayar cukai yang
dibuat hanyalah berdasarkan ‘imbuhan’ dan gula-gula mudah untuk menarik
sokongan rakyat.
Pada
pilihanraya umum yang lalu, antara manifesto Barian Nasional (BN) adalah
menambahkan pemberian BR1M dari RM500.00 setahun kepada sehingga RM1,200.00
setahun kepada mereka yang layak.
Gula-gula yang boleh dilihat sebagai “rasuah” kepada rakyat untuk
mengekalkan kuasa BN dalam memerintah dilihat amat membazirkan wang awam dengan
begitu mudah dan menggalakkan rakyat untuk terus berharap pada subsidi kerajaan
dan seterusnya menjadi bangsa yang semakin malas dan bergantung kepada kerajaan
sampai bila-bila. Dengan harapan rakyat
membalas ‘budi’ sebenarnya adalah satu pembaziran dan menggalakkan pembaziran
wang rakyat.
Tun
Dr Mahathir pada 2 Oktober 2013 menyarankan agar “rasuah” ini dihentikan kerana
ia menggalakkan rakyat untuk terus menadah tangan meminta dan berharap pada
bantuan kerajaan sampai bila-bila tanpa usaha untuk berdikari seperti mana
kebangkitan Jepun pada Perang Dunia Kedua.
Pada masa yang sama kantung kewangan Negara semakin berkurang dan akan ada
satu bahagian dalam subsidi tanggungan kerajaan yang akan terus menambah beban
kerajaan di kemudian hari. Rakyat juga
akan kelihatan semakin malas berusaha untuk bekerja keras dan tidak akan akan pernah
bersyukur dengan pemberian tersebut bahkan akan terus meminta-minta untuk
tambahan jumlah dari tahun ke tahun kononnya atas alasan inflasi.
Seperti
mana Amerika dan Eropah, mereka membayar elaun “Pampasan Pengganguran” kepada
rakyatnya yang gagal bekerja dengan jumlah yang besar setiap minggu menerusi
wang cukai. Ini menyebabkan produktiviti
Negara mereka merosot bahkan menambahkan beban kewangan Negara. Tidak hairanlah Greece dan Itali menjadi
mangsa pertama dengan menjadi “muflis” kerana memberikan bantuan secara membuta
tuli kepada rakyat tanpa memikirkan kesannya kepada ekonomi dan pengeluaran
Negara. Terdesak dengan pembayaran
kemudahan setiap tahun untuk mendapatkan sokongan rakyat, mereka menjadi
semakin malas berusaha dan bekerja serta menggalakkan pembaziran sumber bahkan
terpaksa mengimport makanan dan minuman sehingga akhirnya duit Negara terus
mengering akhirnya terpaksa meminjam dengan Tabung Kewangan Antarabangsa
(IMF). Pinjaman tersebut bolehlah
dianggap sebagai pinjaman dengan “Along” kerana syarat yang ketat serta jika
tersilap perhitungan , Negara menjadi taruhan dan pentadbiran ditentukan oleh
pihak asing.
Pada
awal tahun 2013, ia dipanjangkan kepada golongan muda yang berpendapatan di
bawah RM2,500.00 dengan menerima RM250.00.
Hasilnya juga melihatkan sokongan golongan muda ibarat “orang memberi,
kita merasa; masa mengundi ikut yang kita suka.” Sehubungan itu, BR1M bukanlah satu pendekatan
yang baik untuk menarik sokongan kepada Kerajaan kerana akhirnya BN tetap gagal
menawan hati rakyat terutama di bandar-bandar besar walaupun mereka antara
golongan terawal mendapat imbuhan tersebut.
Kerajaan telah gagal “merasuah” rakyat dengan harapan menerima undi
mereka.
Oleh
itu, kelemahan kerajaan menghamburkan duit umpama membaling syiling-syiling ke
jalan yang sesak manusia untuk mendapatkan laluan tidak berjaya apabila semua
berkerumun mengutip syiling tersebut akhirnya tetap melambatkan pergerakan
melalui jalan tersebut. Sekali lagi
Najib telah gagal melaksanakan rasuah serampang dua mata – menolong rakyat
susah dengan harapan mendapat sokongan dan tiket undi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.