GST: Beban
Cukai Pengguna?
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) juga dikenali
dengan Value-Added Tax (VAT) telah mula diperkatakan sejak tahun 1990an
lagi. Namun pelaksanaannya di Malaysia
sering kali tertangguh dek beberapa faktor dalaman dan luaran termasuk ehwal ekonomi
rakyat Malaysia dan krisis ekonomi dunia dan Negara sekitar 1997/98 lalu. Kini ia menjadi semakin hangat apabila ia
akan tetap dilaksanakan pada April 2015. Mengimbau pembentangan Belanjawan
Negara 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 25 Oktober 2013 lalu dengan
pemansuhan cukai barangan (6%) dan cukai perkhidmatan (10%).
Pemansuhan kededua cukai ini (Cukai Barangan dan
Cukai Perkhidmatan – 16%) digantikan dengan cukai GST sekadar 6% bagi kesemua
barangan kecuali barangan keperluan asasi seperti makanan, pendidikan (termasuk
pengajian tinggi), pengangkutan serta rawatan kesihatan dikecualikan dari
dikenakan GST. Oleh itu, cukai berganda
yang dikenakan mulai dari bahan mentah sehingga barangan akhir dimansuhkan dan
digantikan dengan hanya GST. Manakala
bagi cukai perkhidmatan dari restoran segera yang mengenakan cukai 10% sebelum
ini dari harga belian telah dimansuhkan dan dikenakan GST juga sebanyak 6% (4%
lebih menjimatkan). Keadaan ini
sebenarnya boleh dilihat menjimatkan penggunaan wang awam tetapi dengan GST ini
sebenarnya Kerajaan dapat meningkatkan hasil negara kepada RM23.18 billion dalam masa sembilan bulan
pertama ia dilaksanakan berbanding RM14.08 billion bagi tempoh yang sama pada
2015 tanpa GST. Manakala bagi tahun 2016, ia
dijangka memberikan hasil mahsyul negara kepada RM32 billion, satu angka yang
cukup bagus dalam menakat ekonomi dalam negara.
Oleh itu, Kerajaan dikatakan mencetak wang dari
rakyat secara membuta tuli juga adalah tidak tepat kerana bukan semua barangan
akhir dikenakan GST melainkan barangan mewah serta barangan keperluan sahaja
(barang kehendak adalah keperluan asasi sahaja mengikut jenis penawaran harga
semasa). Pun begitu, cukai yang
dikenakan ini berbanding rantau ini juga dikirakan kecil berbanding Negara ASEAN yang lain
yang rata-ratanya sebesar 7% dengan 12%.
Berbanding Singapura (GST 7%), nilai dollarnya yang kuat telah
menjadikan GST sebagai satu beban pelancongan kepada warga tempatan manakala di
Indonesia (GST 10%) nilai rupiahnya yang melemah menjadikannya tidak kelihatan
atau dirasai secara langsung oleh pelancong Malaysia ke sana. Tetapi bagi masyarakat kelas bawah dan
menengah ke bawah di sana, GST tetap dirasai oleh setiap unit dari mereka. Di Singapura, rebat GST dalam bentuk baucar
tunai dikembalikan kepada warganya setahun dua kali pada kadar SGD500.00
manakala di Indonesia ia dibahagikan secara “sembako” iaitu pemberian bulanan
kepada warga miskinnya dengan sembilan barang keperluan harian. Di Filipina kadar GST mereka sekitar 12% dan
tidak dasar afirmatif untuk mengembalikan sebahagian dari cukai itu kepada
warganya kembali.
Di Malaysia, Kerajaan telah mula memberikan baucar
bayaran kepada warganya mengikut statistik pendapatan purata RM2,500.00 ke RM3,000.00 mulai tahun 2012 sebanyak RM500.00. walaupun
GST belum diperkenalkan lagi. Manakala bagi
tahun 2013 bantuan ini dipanjangkan kepada golongan bujang berpendapatan di
bawah RM2,000.00 dengan bantuan RM250.00 seorang. Pulangan ini walaupun hanya sekali setahun
tetapi secara langsung telah memberikan rakyat kelas menengah ke bawah dan
miskin rebat pembelian (bonus) sebanyak RM250.00 ke RM500.00 seorang selain
pelbagai bantuan khusus kepada golongan yang memerlukan (dinamakan
sebahagiannya seperti bantuan bulanan kebajikan, bantuan sekolah dan bantuan
orang kurang upaya). Oleh itu, GST ini
mampu meningkatkan pendapatan Kerajaan secara langsung dan digunakan kembali
untuk membayar pampasan kepada mereka yang memerlukannya. Secara ironinya, Robin Hood (Kerajaan)
mengambil harta awam dan mengagihkan kepada rakyat yang benar-benar
memerlukannya secara saksama. Golongan
Menengah Atas dan Elit akan terus membayar cukai dan GST (barangan mewah dan
keperluan) mengikut kadar cukainya.
Adakah wajar untuk setiap susun lapis ekonomi rakyat (termasuk miskin)
berhak meraikan kewangan mereka secara mewah?
Malaysia bukanlah negara komunis di mana hasil negara diagihkan secara
adil dan saksama, dasar Kapitalism telah mengehadkan beban ekonomi warga hanya
kepada yang mampu dan mewah sahaja. Jika
tidak, maka agihan ekonomi setara (Komunism) hendaklah diakui sebagai satu
jalan ekonomi yang zalim dan tidak mengikut susun lapis masyarakat (semua adalah kaya
atau miskin dari sisi ekonomi - setara tanpa pengagihan).
Oleh itu, GST dapat membantu mengagihkan ekonomi laisser-faire
ini secara saksama antara elit dan kelas bawah secara progresif (iaitu lebih
tinggi cukai dengan lebih banyak kemewahan).
Selain itu, kadar pertumbuhan ekonomi juga akan setara dengan pendapatan
dalaman negara dan juga menjamin keperluan cukai yang saksama dengan negara lain
di dunia. Pelabur juga mudah membuat
kira-kira awal dalam usaha membuat pelaburan di negara ini selain dapat mengenal
pasti jumlah yang bakal dibayar dan diperolehi dalam tahun kewangan syarikat
masing-masing lebih awal tanpa perubahan cukai fiskal yang drastik. GST bukanlah satu bebanan mutlak walaupun ia
melibatkan cukai pada setiap peringkat dan dikenakan kepada
pelanggan/pengguna. Tetapi dengan
pengenalan cukai ini, dihujung sistem rangkaian edaran barangan/perkhidmatan sahaja ia
dikenakan cukai dan ini lebih terjamin pendapatan negara berbanding kaedah
semasa yang sering di salahgunakan oleh pengguna industri dalam mengelak
membayar cukai pembuatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih atas maklum balas anda.